Followers

Sunday, September 25, 2011

Buatmu Emak...





Menjunjung kasih, merafak sembah
Buatmu ibunda tercinta
Bertakhta selamanya dikau di jiwa…

Emak
Aku ingin sekali membahagiakanmu
Menggembirakan hari-hari tuamu
Kerana selama ini hanya engkau yang menggembirakanku…

Emak
Aku tak berdaya
Aku tidak mampu menghadiahkanmu apa-apa
Walau hanya untuk memberimu sepasang baju juga aku tidak termampu…

Emak
Dalam kedewasaan ini
Aku masih mengharap ihsanmu untuk terus hidup
Padahal seharusnya aku yang menyara keperluanmu dan kebajikanmu…

Emak
Maafkan aku anakmu
Yang serba tiada
Yang kosong tanpa makna

Emak
Engkau lambang kekuatanku
Engkau tabah dalam mengharungi kehidupan
Walaupun orang yang tersayang telah pergi meninggalkanmu…

Emak
Tolong jangan tinggalkan aku
Aku ini anakmu yang masih terlalu amat memerlukanmu
Yang tidak boleh walau barang sehari pun tidak mencium pipi kurusmu…

Tuhan
Tolong jangan ambil emakku
Tolong jangan rampas nyawaku
Jika perlu ambillah aku bersama dengannya…

Tuhan
Kurniakan kesihatan terbaik untuk dia
Sayangi dan peliharailah dia sepertimana dia menyayangi
Dan memeliharaku semenjak dari hari pertama aku diberi peluang untuk bernafas…

Aku
Jangan mudah lupa wahai aku
Kau punya emak yang paling berharga
Tiada tolok bandingnya…


*  Apa-apa pn, aku sgt sygkn mk aku, aku tak sanggup lihat dia menderita apatah lagi terseksa.. Aku berserah kepada ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dan apa pon yang terjadi, Aku Redha..
* Kepada mereka-mereka yang masih mempunyai emak / ayah / mak n ayah, hargailah mereka, sayangilah mereka, belailah mereka selagi mereka ada di depan mata kita..

Sekian, rintihan dari seorang anak yang terlalu sayangkan emaknya...

5 comments:

haziqa said...

sabahats said :

*tabahkan hati wahai kawan. kau kan kuat ! harunginya dengan penuh kesabaran. doakan yang terbaik utk emak ok....kami sentiasa berdoa tuk kau dan emak kau !

salam syg ~ sabahats ~

ShahrizalMSX said...

thanx sbb concern....
aq redha jer ap y terjadi...
harap xder paper la mk aq 2...
InsyaAllah...
hurm.... -______________-

Jujurara said...

mak mmg satu,,xde yg lain..aq pun syg kat mak banget2..

hope sempt bls budi mereka..amin..

ShahrizalMSX said...

aminnnn....
balas la jasa mak selagi mampu yer PLD....
-______________-

aswadz said...

takziah buat anda dan keluarga. tabahkan hati.