Followers

Sunday, August 28, 2011

Ucapan Aidilfitri & Merdeka Aku Kpd Semua...


Assalamualaikum...

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan 
Selamat Hari Raya Aidifitri & Selamat Hari Kemerdekaan Kali Ke-54..


Kepada kawan2 lame aku tak kira la skowla menengah ker skowla rendah ker,
aku doakan agar korang sihat2 & hepi selalu..
aku rindu sangat nk berjumpa ngan korang..
bila agknyer dpt berjumpe ekh...???
kalau aku ada wat salah yang berbekas kt hati korang smpai sekarang,
AKU MINTAK MAAF keyh..
harap raye nnti kita dpt jmpe...
walaupun sekejap pown jadila..
buat lepas rindu...


Kepada kawan2 Politeknik Premier Johor Bahru yang kenal aku seadanya
 ataupun kenal gitu2 jer,
aku doakan korang ceria menyambut Hari Raya & Merdeka taon neyh keyh..
terutama kepada budak2 kls aku DUP5B...
AKU MINTAK MAAF kalau selama 5 Semester nie 
ada yang aku "TER" dekat korang same ada
TERkasar bahasa
TERburuk laku
TERguris hati
TERbuat korg sedih
TERsinggung perasaan
TERpukul, TERcubit, TERsepak, TERterajang, TERpijak, TERtumbok
tak TERniat pown dalam hati aku nk wt korang mcm 2..
aku just nk tgk korang Happy & aku Happy kalau korg Happy..


Furthermore...

Korang la tempat aku kurangkan tension aku..
walaupun aku taw ada sesetengah orang yang xsuke aku..
( xtaw la tol ker x.. )
& aku xkesah...
aku terima apa orang nk kata pasal aku..
aku taw saper aku...
Insan Yang Banyak Kekurangan

Paperpon...








SELAMAT HARI RAYA AIDLFITRI & HARI KEMERDEKAAN
kepada semua yang mengenali diri ini..
Maaf atas segala salah silap aku kat korang keyh...
0-0 taw..
tak elok pendam perasaan yang tak bek kt org...
nnt jd dendam...
xmo xmo xmo
Hepy2 jer keyh...
SMILE ALWAY'Z... =)

Paso Bumbong Awesome!!!!!!



Sape lagi yang pegi Paso Bumbong angkat tangan!!!!!!!!!!!!
aper?
xpegi???
Halamak !!! Banyak rugi woooo...
dekat Roof Top Plaza Seni jer...



Macam-macam korang ley dapat kt saner...
Ada bundle, ada jual kasut, ada jual makan n minum, ada jual seluar...
Haishhhhhh....
macam-macam la... 
Rambang mate diwatnyer...









Memang bertuah la saper jadi JOHOREAN neyh...
xsangker lak ad event cmni..
aku pown bru taw 2 hari lepas...
2 pown pasal event neyh la... 
haha

Pada mulanyer nk pegi pada siang hari tp time 2 ujan lak...
mmg punah la harapan nk pegi siang 2...
aku pn tggu la sampai lepas berbuka..
elok ujan pulak da berhenti...
aku ape lagi...
capai sweater ngan cap siap teros pejutttttttttt...


Sampai-sampai jer sane tempat da meriah daa...
berjumpalah dengan Cik Ziqa sekeluarga...
dpt gk dier pujok ayh dier yer...
hahaha...








dekat pentas utama ada beberapa persembahan diorang wt...
antaranya
BOOTH FESYEN SHOW,
PUISI tentang KEMERDEKAAN,
GIG LIVE BAND yang nyanyi Lagu Raya.....






aku ngan Cik Ziqa siap bergambar mase kt event Paso Bumbong neyh...
Kalau ada gambar yang kabur2 2 sory la ekh...
2 sume "Miscomunication..." (Usop Wilcha)
haha




Kalau nk taw paper info mengenai JOHO neyh, msk la link dibawah neyh yer.....



Paperpown,
aku bangga menjadi warga Johor...
xrugi jadi org Johor neyh n orang2 Johor sememangnye Sporting habessssss !!!
CAYALA !!!!!







Sunday, August 21, 2011

Siapa yang Terkena..??

 KISAH PROFESSOR & PELAJAR

Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…

Prof:        Kamu percayakan Tuhan?

Pelajar:     Sudah semestinya professor.
......
Prof:         Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar:     Ya

Prof:         Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar:      Ya

Prof:         Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh                                                      sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?

(Pelajar berdiam diri)

Prof:        Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?

Pelajar:    Ya.

Prof:         Adakah syaitan baik?

Pelajar:     Tidak.

Prof:         Siapa yang mencipta syaitan?

Pelajar:     Tuhan.

Prof:        Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini? 

Pelajar:     Ya.

Prof:          Kejahatan ada dimana-mana bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

Pelajar:      Ya.

Prof:         Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)

Prof:        Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?

Pelajar:    Ya professor.

Prof:        Siapa yang menciptanya?

(Pelajar tiada jawapan untuknya)
Prof:        Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, beritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?

Student:   Tidak pernah professor.

Prof:          Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?

Pelajar:      Tidak pernah professor.

Prof:          Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa-apa deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?

Pelajar:
     Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.

Prof:          Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?

Pelajar:      Ya professor.

Prof:          Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?

Pelajar:     Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.

Prof:         Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)

Pelajar:     Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?

Prof:         Ya.

Pelajar:     Dan juga apa yang dipanggil sejuk?

Prof:          Ya.

Pelajar:      Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.

(Semua didalam dewan kuliah terdiam)

Pelajar:      Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)
Pelajar:       Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?

Professor:   Apalah malam jika tiada kegelapan?

Pelajar:        Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?

Prof:           Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?

Pelajar:       Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.

Prof:           Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

Pelajar:       Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof:       Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

Pelajar:      Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar:     Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar:     Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar:    Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)
Prof:       Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

Pelajar:    Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya

Saturday, August 20, 2011

Baiknya Musik Itu....



Berbicara mengenai musik, Alan P Merriam menyebutnya sebagai suatu lambang dari hal-hal yang berkaitan dengan ide-ide maupun perilaku suatu masyarakat (Merriam,1964:32-33). Musik merupakan sebahagian dari kesenian, kesenian merupakan salah satu unsur kebudayaan (Koentjaraningrat, 1986 :203-204), dan merupakan salah satu keperluan manusia secara unviersal (Boedhisantoso,1982:23) yang tidak pernah lepas dari masyarakat.




Musik merupakan salah satu dari kebudayaan, nerarti musik diciptakan oleh manusia untuk memenuhi keperluannya akan sebuah keindahan. Dapat dimaksudkan bahawa musik memiliki fungsi dalam kehidupan manusia. Merriam dalam bukunya The Anthropology Of Music menyatakan ada 10 fungsi dari musik. Apa-apa sajakah kesepuluh fungsi musik itu ? berikut akan coba saya jelaskan.



Fungsi pengungkapan emosional


Disini musik berfungsi sebagai suatu media bagi seseorang untuk mengungkapkan perasaan atau emosinya. Dengan kata lain si pemain dapat mengungkapkan perasaan atau emosinya nelalui musik.




Fungsi penghayatan estetis

Musik merupakan suatu karya seni. Suatu karya dapat dikatakan karya seni apabila dia memiliki unsur keindahan atau estetika di dalamnya. Melalui musik kita dapat merasakan nilai-nilai keindahan baik melalui melodi atupun dinamikanya.






Fungsi hiburan
Musik memiliki fungsi hiburan mengacu kepada pengertian bahwa sebuah musik pasti mengandung unsur-unsur yang bersifat menghibur. Hal ini dapat dinilai dari Melodi ataupun liriknya.





Fungsi komunikasi.

Musik memiliki fungsi komunikasi berarti bahwa sebuah musik yang berlaku di suatu daerah kebudayaan mengandung isyarat-isyarat tersendiri yang hanya diketahui oleh masyarakat pendukung kebudayaan tersebut. Hal ini dapat dilihat dari teks atau pun melodi musik tersebut.





Fungsi perlambangan

Musik memiliki fungsi dalam melambangkan suatu hal. Hal ini dapat dilihat dari aspek-aspek musik tersebut, misalmya tempo sebuah musik. Jika tempo sebuah musik lambat, maka kebanyakan teksnya menceritakan hal-hal yang menyedihkan. Sehingga musik itu melambangkan akan kesedihan.





Fungsi reaksi jasmani

Jika sebuah musik dimainkan, musik itu dapat merangsang sel-sel saraf manusia sehingga menyebabkan tubuh kita bergerak mengikuti irama musik tersebut. Jika musiknya cepat maka gerakan kita cepat, demikian juga sebaliknya.





Fungsi yang berkaitan dengan norma sosial

Musik berfungsi sebagai media pengajaran akan norma-norma atau peraturan-peraturan. Penyampaian kebanyakan melalui teks-teks nyanyian yang berisi aturan-aturan.





Fungsi pengesahan lembaga sosial.

Fungsi musik disini berarti bahwa sebuah musik memiliki peranan yang sangat penting dalam suatu upacara . musik merupakan salah satu unsur yang penting dan menjadi bagian dalam upacara, bukan hanya sebagai pengiring.





Fungsi kesinambungan budaya.

Fungsi ini hampir sama dengan fungsi yang berkaitan dengan norma sosial. Dakam hal ini musik berisi tentang ajaran-ajaran untuk meneruskan sebuah sistem dalam kebudayaan terhadap generasi selanjutnya.



Fungsi pengintegrasian Masyarakat

Musik memiliki fungsi dalam pengintegrasian masyarakat. Suatu musik jika dimainkan secara bersama-sama maka tanpa disadari musik tersebut menimbulkan rasa kebersamaan diantara pemain atau penikmat musik itu.




 




p/s :   bagi aku musik adalah tempat alu meluahkan perasaan dan utk mengurangkan tension di kepala aku... aku gembira dengan adanya musik dalam diri aku...


MY LIFE IS NOTHING WITHOUT MuSixx !!!!!!!!




Tuesday, August 16, 2011

New Best Siti




Hello semua...
rini aku nk bercerita ttg Dato' Siti Nurhaliza..
mesti pelik kan naper la nk cter pasal dier...

Sebenarnyer....
Dato' Siti Nurhaliza ada wt lagu English dier sendiri...
nampak mcm xpercaye tp itulah kebenarannyer..
Xcayer tgk video kt bawah neyh...






Macam mana ????
best x lagunyer...

bagi aku lagu nie mmg best...
ada unsur2 muzik tradisional lagi...
ada unsur musik dance lg...
xrugi la kalau dengar...

satu pencapaian yang baik dalam industri seni tanah air kte....
bagi mereka2 yang susah nk trima 2 harap trima la yer...
janganlah kita asek nk mempersalahkan atas usaha org lain...
bila lagi lagu tanah air kita nie nk masok pasaran luar..
betol x???



kalau korang nak mp3 bagi lagu ini boleh downloads kt link kt bawah neyh :




Semoga semua terhibur yer.....
PEACE ALL...... ;P

Monday, August 15, 2011

Kalau da namanya MASALAH




Banyak orang stress begitu menghadapi masalah, kerana mereka beranggapan hidup itu bebas dari masalah... padahal sesungguhnya kerana ada masalahlah orang baru bertahan hidup, dan kerana ada masalah jugalah seseorang baru dapat menghargai hidupnya.
Bila kita dapat melihat masalah sebagai sebuah keindahan.. maka hidupmu akan indah! tetapi bila kita melihat masalah sebagai beban hidup yang hanya menghalangi kita, maka hidup ini pun terasa penuh beban.


Bila tidak ada masalah bagaimana mendapat kebijaksanaan? Kerana ada masalah baru muncul pembaikan.
Haaaa, bagaimana kita menghadapinya? 
maka memerlukan suatu ketenangan batin, dan kejernihan hati…
 perlahan tapi pasti dapat melihat semua benang merah dari permasalahan yang ada, 
dan mencuba menghuraikan benang yang kusut itu.
Jika masih kusut jangan khuwatir, 
guna la shampoo Sunsilk, "Guna Jari Pown Boleyh".. hahaha







Jangan kerana satu masalah dan kita membuat masalah yg baru,
jangan kerana satu masalah membuat kita menderita selamanya,
Jadikan masalah sebagai tentangan untuk diselesaikan, 
jadikanlah masalah sebagai batu loncatanmu untuk sebuah kejayaan.

Bila lari dari masalah sesungguhnya di hadapan sana masalah yang lebih besar akan menghadang dirimu...
bila tidak lari dari masalah, 
maka bila ada masalah yang timbul lagi kemudian, 
setidaknya kau sudah jauh lebih kuat, lebih kukuh dan lebih bijak dalam melihat semua permasalahan.



Sesungguhnya 90% masalah itu muncul dari dalam diri sendiri,
muncul dari cara berfikir kita,
muncul dari ketidaktahuan kita,
muncul dari ketamakan dan kesombongan kita,
muncul dari sifat kita yang kurang bijaksana,
muncul dari sifat kita yang kurang memiliki cinta kasih dan kasih sayang
muncul dari semua kesalahan manusia...







Jadi...
Apa cara terbaik untuk menyelesaikan masalah kamu semua ???

Semua terletak pada diri sendiri,
Gunalah akal fikiran untuk berfikir,
bukannya mengikut kata hati yang berbelah bahagi...
SEBAGUSNYA,
MUHASABAHLAH DIRI ANDA UNTUK MENGENALPASTI PUNCA PERMASALAHAN
DAN UBAHLAH DIRI ANDA KEPADA YANG LEBIH BAIK...
Insyaallah, Allah s.w.t akan tolong bantu kamu...
amin...

Saturday, August 13, 2011

A.N.I.F.A WorldWide

Nie group aku..
ANIFA Worldwide "Together We Stand"...
terdiri daripada 5 orang termasuklah aku...


Asalnya group neyh dai semester 1 lagi..
xsilap aku time 2 taon 2009..
kekal la sampai sekarang..


tapi dulu xder lagi lambang group neyh...
time aq L.I baru dapat idea wt logo neyh...
siap gune Adobe Illustrator CS3 lg taw...
jgn memen... haha


nak tau saper ahli kumpulan ANIFA nie???
xper, xnk taw pon aku gtaw gak.. hahaha


Calon2nya ialah : ( jeng3x!!!!!!! )




 


Aku la salah sorang ahli kumpulan neyh....
haha.. gambar xbleyh blah an...
posing maut membelakangkan kasut mahal2..
padahal xbeli pown.. plessing jer lebih...
perangai aku dak2 kelas taw..
perangai giler2... suke hasut orang..
suke kacau orang... wat bender diluar jangkaan...
kalau korg tgk perangai sebenar aku korg mmg xcayer r...
dak2 kelas aku pown da bese da dgn perangai aku...
Umor jer 21 tp perangai cam doblas.. haha ;p















Nie ahli kedua dlm group ANIFA..
tengok gambar pown da taw kan.. haha..
dier neyh pantang nampak kamere..
macam2 gaya dier wt aslkan dpt amek gambar dier...
tengok la 2..
sampai terbabas kete ke semak samun dier wt...
perangai dier neyhh hepy go lucky..
tapi xbraper nk lucky sgt la...
setiap kali dier knekan org mesti dier kne balik..
haha.. padan muke ko..  lalala~~~
dier neyh kalau pasal novel jgn cter la...
kt internet pown jadi...








Ahli ketiga kumpulan ANIFA..
budak paling kecik skali dalam kumpulan ANIFA..
tapi kecik2 pown cili padi taw...
kalau dapat dier marah biji mate mcm nk terkeluar...
kt gambar nmpk jer tenang kn...
mmg la tenang coz dok tepi laot..
dier nie serius dalam satu2 hal...
melayan pn ada gak dak neyh... hurm...







Ahli ke-4 group ANIFA...
tengok dari gambar dier nie mmg suke gigit kuku biler amek gambar...
sbb 2 kuku dier bersih jer memanjang.. 
dier nie pown seorang yang agk melayan karenah bdk2 kelas..
hampir setiap minggu dier balik utk tolong mak dier berniaga kedai runcit di Kulai..
Bagos dier neyh.. Da boley sgt wt bini... ;p









Last ANIFA members..
dier neyh suke wt keje2 amal kt sawah bendang...
keje dier halau burung y kacau tanaman kt situ...
lebih kurang mcm ORANG2 la.. haha...
dier pown hepy go lucky orgnye...
suke melayan xkire ap topik sekalipown...
bab2 meleweh nie kasi jer pada dier..
ada jer cter dyer...
bender xlogik pown boley jd logik.. haha..







Nie la perangai dak2 group aku...
paperpun aku bersyukur coz group group masih bertahan sampai skrg...
Hope satu hari nanti dapatlah dibina sbuah Travel Agency..
Angan2 dari semester 1 kteorg.. haha..


Sory la kt dak2 group aku kalau ada y aku melalut 2 yer...
mmg ada pown.. lalala~~~ ;p


Korang mmg THE BEST OF THE BEST la...
untung dapat korang neyh...
susah senang bersama jerk..




Akhir kata dari aku,
xkira la ap org nk kate pasal group ANIFA nie...
kteorang hepy dengan ap y kteowg ada...
Selagi hanyat dikandung badan..
Hope hubungan ANIFA berkekalan...
( ceehhhhhh, mcm Pelancongan Berkekalan la plak an...haha.. )


Sekian, Trimas..