Followers

Sunday, September 25, 2011

Buatmu Emak...





Menjunjung kasih, merafak sembah
Buatmu ibunda tercinta
Bertakhta selamanya dikau di jiwa…

Emak
Aku ingin sekali membahagiakanmu
Menggembirakan hari-hari tuamu
Kerana selama ini hanya engkau yang menggembirakanku…

Emak
Aku tak berdaya
Aku tidak mampu menghadiahkanmu apa-apa
Walau hanya untuk memberimu sepasang baju juga aku tidak termampu…

Emak
Dalam kedewasaan ini
Aku masih mengharap ihsanmu untuk terus hidup
Padahal seharusnya aku yang menyara keperluanmu dan kebajikanmu…

Emak
Maafkan aku anakmu
Yang serba tiada
Yang kosong tanpa makna

Emak
Engkau lambang kekuatanku
Engkau tabah dalam mengharungi kehidupan
Walaupun orang yang tersayang telah pergi meninggalkanmu…

Emak
Tolong jangan tinggalkan aku
Aku ini anakmu yang masih terlalu amat memerlukanmu
Yang tidak boleh walau barang sehari pun tidak mencium pipi kurusmu…

Tuhan
Tolong jangan ambil emakku
Tolong jangan rampas nyawaku
Jika perlu ambillah aku bersama dengannya…

Tuhan
Kurniakan kesihatan terbaik untuk dia
Sayangi dan peliharailah dia sepertimana dia menyayangi
Dan memeliharaku semenjak dari hari pertama aku diberi peluang untuk bernafas…

Aku
Jangan mudah lupa wahai aku
Kau punya emak yang paling berharga
Tiada tolok bandingnya…


*  Apa-apa pn, aku sgt sygkn mk aku, aku tak sanggup lihat dia menderita apatah lagi terseksa.. Aku berserah kepada ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dan apa pon yang terjadi, Aku Redha..
* Kepada mereka-mereka yang masih mempunyai emak / ayah / mak n ayah, hargailah mereka, sayangilah mereka, belailah mereka selagi mereka ada di depan mata kita..

Sekian, rintihan dari seorang anak yang terlalu sayangkan emaknya...

Sunday, August 28, 2011

Ucapan Aidilfitri & Merdeka Aku Kpd Semua...


Assalamualaikum...

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan 
Selamat Hari Raya Aidifitri & Selamat Hari Kemerdekaan Kali Ke-54..


Kepada kawan2 lame aku tak kira la skowla menengah ker skowla rendah ker,
aku doakan agar korang sihat2 & hepi selalu..
aku rindu sangat nk berjumpa ngan korang..
bila agknyer dpt berjumpe ekh...???
kalau aku ada wat salah yang berbekas kt hati korang smpai sekarang,
AKU MINTAK MAAF keyh..
harap raye nnti kita dpt jmpe...
walaupun sekejap pown jadila..
buat lepas rindu...


Kepada kawan2 Politeknik Premier Johor Bahru yang kenal aku seadanya
 ataupun kenal gitu2 jer,
aku doakan korang ceria menyambut Hari Raya & Merdeka taon neyh keyh..
terutama kepada budak2 kls aku DUP5B...
AKU MINTAK MAAF kalau selama 5 Semester nie 
ada yang aku "TER" dekat korang same ada
TERkasar bahasa
TERburuk laku
TERguris hati
TERbuat korg sedih
TERsinggung perasaan
TERpukul, TERcubit, TERsepak, TERterajang, TERpijak, TERtumbok
tak TERniat pown dalam hati aku nk wt korang mcm 2..
aku just nk tgk korang Happy & aku Happy kalau korg Happy..


Furthermore...

Korang la tempat aku kurangkan tension aku..
walaupun aku taw ada sesetengah orang yang xsuke aku..
( xtaw la tol ker x.. )
& aku xkesah...
aku terima apa orang nk kata pasal aku..
aku taw saper aku...
Insan Yang Banyak Kekurangan

Paperpon...








SELAMAT HARI RAYA AIDLFITRI & HARI KEMERDEKAAN
kepada semua yang mengenali diri ini..
Maaf atas segala salah silap aku kat korang keyh...
0-0 taw..
tak elok pendam perasaan yang tak bek kt org...
nnt jd dendam...
xmo xmo xmo
Hepy2 jer keyh...
SMILE ALWAY'Z... =)