Banyak orang stress begitu menghadapi masalah, kerana mereka beranggapan hidup itu bebas dari masalah... padahal sesungguhnya kerana ada masalahlah orang baru bertahan hidup, dan kerana ada masalah jugalah seseorang baru dapat menghargai hidupnya.
Bila kita dapat melihat masalah sebagai sebuah keindahan.. maka hidupmu akan indah! tetapi bila kita melihat masalah sebagai beban hidup yang hanya menghalangi kita, maka hidup ini pun terasa penuh beban.
Bila tidak ada masalah bagaimana mendapat kebijaksanaan? Kerana ada masalah baru muncul pembaikan.
Haaaa, bagaimana kita menghadapinya?
maka memerlukan suatu ketenangan batin, dan kejernihan hati…
perlahan tapi pasti dapat melihat semua benang merah dari permasalahan yang ada,
dan mencuba menghuraikan benang yang kusut itu.
Jika masih kusut jangan khuwatir,
guna la shampoo Sunsilk, "Guna Jari Pown Boleyh".. hahaha
Jangan kerana satu masalah dan kita membuat masalah yg baru,
jangan kerana satu masalah membuat kita menderita selamanya,
Jadikan masalah sebagai tentangan untuk diselesaikan, jadikanlah masalah sebagai batu loncatanmu untuk sebuah kejayaan.
Bila lari dari masalah sesungguhnya di hadapan sana masalah yang lebih besar akan menghadang dirimu...
bila tidak lari dari masalah,
maka bila ada masalah yang timbul lagi kemudian,
setidaknya kau sudah jauh lebih kuat, lebih kukuh dan lebih bijak dalam melihat semua permasalahan.
Sesungguhnya 90% masalah itu muncul dari dalam diri sendiri,
muncul dari cara berfikir kita,
muncul dari ketidaktahuan kita,
muncul dari ketamakan dan kesombongan kita,
muncul dari sifat kita yang kurang bijaksana,
muncul dari sifat kita yang kurang memiliki cinta kasih dan kasih sayangmuncul dari semua kesalahan manusia...
Jadi...
Apa cara terbaik untuk menyelesaikan masalah kamu semua ???
Semua terletak pada diri sendiri,
Gunalah akal fikiran untuk berfikir,
bukannya mengikut kata hati yang berbelah bahagi...
SEBAGUSNYA,
MUHASABAHLAH DIRI ANDA UNTUK MENGENALPASTI PUNCA PERMASALAHAN
DAN UBAHLAH DIRI ANDA KEPADA YANG LEBIH BAIK...
Insyaallah, Allah s.w.t akan tolong bantu kamu...
amin...